Welcome, visitor! [ Register | Loginrss

Posting Iklan

JPJ ganti geran kenderaan dengan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016

Posted June 1, 2016 by in Blog | No comments yet

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016.

Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.

VOC tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pengkalan data JPJ.

JPJ mensasarkan, menjelang 1 Januari 2020 semua pemilik kenderaan berdaftar telah melaksanakan gantian RC Kenderaan kepada VOC.

 Dengan pelaksanaan VOC ini, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian juga bakal lebih diperluaskan serta dilaksanakan dengan mudah dan pantas.
– astro awani

 

Mudah.my : Penipu jual beli rumah dipenjara lima tahun, empat sebatan

Posted December 9, 2015 by in Blog | No comments yet

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini setelah didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menipu dalam urusan penjualan rumah yang diiklankan menerusi laman web, www.mudah.my pada tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mazrin Abd. Aziz, 39, didakwa memperdaya seorang guru, Nur Zaiti Ikmal Dzainuddin untuk menyerahkan wang tunai RM15,000 sebagai deposit pembelian sebuah rumah di Taman Selayang Mutiara, Batu Caves, Selangor di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini pada pukul 2.30 petang, 27 Mac 2014.

Dia juga dituduh menipu pasangan suami isteri, Muhamad Nazir Ahmad Saghir,33, dan Fatimah Abdullah,34, untuk menyerahkan RM15,000 bagi urusan pembelian rumah sama di Ambank cawangan Jalan Yap Kwan Seng di sini pada pukul 4 petang, 30 Mac 2014.

Rumah terbabit bukan milik Mazrin dan pemiliknya juga tidak mengetahui tindakan tertuduh mengiklankan penjualan premis itu di laman web, www.mudah.com.

Hakim Norsharidah menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 42 Kanun Keseksaan. – KL ONLINE

Dipenjara, disebat tipu jualan rumah di laman web www.mudah.my

Posted December 9, 2015 by in Blog | No comments yet

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menipu seorang guru dan sepasang suami isteri berhubung penjualan rumah di laman web mudah.my tahun lalu.

Hakim Nor Sharidah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati Mazrin Abd Aziz, 39, bersalah terhadap pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.

Mahkamah mendapati Mazrin yang tidak diwakili peguam, gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah selain keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata dan keterangan tertuduh tidak disokong mana-mana saksi dan dokumen.

Dalam prosiding itu, bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan selepas mendapati tertuduh bersalah menipu seorang guru, Nur Zaiti Ikmal Dzainuddin manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dipenjara tiga tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menipu Muhammad Nazri Ahmad Saghr, 33, dan Fatimah Abdullah, 34.

Mahkamah mengarahkan Mazrin menjalani kedua-dua hukuman tersebut secara berasingan bermula dari tarikh ditangkap iaitu 20 Mac lalu.

Dalam prosiding itu, hakim Nor Sharidah turut berkata mahkamah mengambil kira tertuduh menggunakan modus operandi yang sama iaitu menggunakan laman web sama dan rumah yang sama untuk menipu mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, Mazrin didakwa menipu Nur Zaiti dengan memperdayakan untuk mempercayai tertuduh boleh menjual sebuah rumah yang bukan miliknya, yang beralamat di 23 Jalan Mutiara 4/4 Taman Selayang Mutiara, Batu Caves, Selangor.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Restoran Azhar Batu 1/2 Jalan Ipoh, Daerah Sentul, di sini pada 2.30 petang, 27 Mac 2014, dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, Mazrin didakwa menipu pasangan suami isteri tersebut untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM15,000 kepada tertuduh iaitu merupakan bayaran 10 peratus deposit untuk tujuan menjual rumah yang sama.

Mazrin didakwa melakukan kesalahan itu di bangunan Ambank Jalan Yap Kwan Seng, pada 4 petang, 30 Mac 2014, dan didakwa mengikut seksyen sama.

Mengikut fakta kes, ketiga-tiga mangsa berurusan jual beli rumah tersebut yang berjumlah RM280,000 dengan tertuduh melalui laman web tersebut. Beberapa jumlah bayaran dibuat secara berperingkat, bagaimanapun mereka gagal mendapatkan rumah tersebut.

Hasil siasatan mendapati, rumah tersebut adalah milik individu lain iaitu Khairul Anuar Amin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana kesalahan tersebut adalah serius.

Bagaimanapun, Mazrin dalam rayuannya memohon mahkamah mengambil kira dia perlu menyara keluarga dan adiknya yang masih bersekolah selain memohon mahkamah menempatkannya di Penjara Sungai Buloh bagi memudahkan keluarga melawatnya.

– Bernama

Mudah.my fraudster gets five year jail sentence, rotan

Posted December 9, 2015 by in Blog | No comments yet

KUALA LUMPUR: A fraudster was sentenced to five years jail and four strokes of the rotan by the Sessions Court for cheating three people of RM30,000 last year. Unemployed Mazrin Abd Aziz, 39, was convicted of committing two counts of fraud by posing as the owner of a home in Jalan Mutiara 4/4 Taman Selayang Mutiara, Batu Caves here. After finding him guilty of the first count of cheating a teacher to hand over a RM15,000 deposit for the purchase of the house, judge Norsharidah Awang sentenced him to two years jail and two strokes of the rotan. In sentencing, Norsharidah held that the accused’s testimony was just a mere denial without supporting documents and witnesses. “The court finds that the evidence provided by the accused was made up and no witnesses were called to the stand to support it,” she said ruling that the prosecution had succeeded in proving the case beyond reasonable doubt. Mazrin was charged with deceiving Nur Zaiti Ikmal Dzainuddin to hand over RM15,000 to him as a deposit to buy the house he claimed he owned at a restaurant in Batu 1/2 Jalan Ipoh, Sentul here at 2.30pm on March 3, 2014. Meanwhile, Mazrin was sentenced to three years jail and two strokes of the rotan after pleading guilty today to a second count of cheating store keeper Muhammad Nazri Ahmad Saghir, 33, and wife Fatimah Abdullah, 34. He was accused of deceiving the couple to hand over RM15,000 as a deposit to purchase the same house at a cost of RM280,000 at an Ambank building in Jalan Yap Kwan Seng here at 4pm on March 30 the same year. According to the facts, Mazrin had pretended to be the owner of the house and put it up for sale for RM280,000 on the internet through a website called ‘Mudah.my‘. Nazri and Fatimah dealt with the accused to buy the house that actually belonged to one Khairul Anuar Amin and were induced to pay a RM15,000 deposit and were further deceived to make installment payments into his bank account amounting to RM69,060. Mazrin who was unrepresented mitigated for a lenient sentence saying that he has to support his family members including his little brother who is still in school. Deputy public prosecutor S. Malini Anne urged for a deterrence sentence as it was a serious offence and one that was constantly happening in the country. “The accused knows that cheating people is a serious offence, yet he committed it anyway. The sentence must be served as a lesson to him,” she said. Norsharidah said since these types of scams were becoming rampant, the court must impose a heavier sentence on him adding that the accused also had other pending cases in court. She then ordered for the sentences to run consecutively from the date of the accused’s arrest on March 20, 2014.

Promosi Terkini Proton Savvy 1.2

Posted July 21, 2015 by in Blog | No comments yet

 

Promosi Harga Kereta Terpakai Terkini, 29/06/2015 dari kereta-terpakai.my

Promosi Terkini 2015

Dapatkan Promosi Bayaran Muka Dari 10% OTR*

Sila Hubungi, Dapatkan harga terbaik.

Bayaran Muka dari 10%* dari harga on the kereta.
Pinjaman Bank dan Kredit Disediakan

Untuk Permohonan Bank, Anda perlu :
1) MyKad dan Lesen Memandu
2) 3 Bulan Slip Gaji Terkini
3) Buku Bank/Penyata Bank terkini (Gaji Masuk)
4) Bil Syabas/Bil Tenaga (Untuk Pengesahan Alamat)

Untuk Sebarang Pertanyaan, Sila hubungi : EN. Chee : 012-3192112 atau KLIK DISINI
Sekian Terima Kasih.

*Tertakluk Kepada Kelulusan Bank/Terma dan Syarat

Niji Automobile Sdn Bhd

Posted October 24, 2014 by in Blog | No comments yet

Di Niji Automobile Sdn Bhd, kami akan membantu anda jual atau beli kereta terpakai. Proton dan Perodua  terpakai. Sementara itu, kami juga jual dan beli kereta terpakai model-model lain di Malaysia.

Lihat senarai kereta kami di laman web kami disini dan kepada yang berminat boleh aturkan temujanji untuk melihat kereta kami di lokasi kedai kereta terpakai kami yang berhampiran Masjid Al-Azeem, Pandan Indah.

Pinjaman Bank dan Kredit Disediakan.

Lokasi Kami
*GPS Coordinate Google Map 3.131712,101.755576
*GPS COORDINATE N3.13189 E101.75613

*Masjid Al-Azim ,Pandan Indah*
*Pandan Indah Town Park ,Pandan Indah*

Berdekatan Dengan :
*Masjid Al-Azim Pandan Indah – 10 meter
*99 speedmart – 10 meter (Opposite)
*MPAJ – 500 meter
*Hospital Pandan Indah – 600 meter
*CIMB Bank Berhad – 600 meter
*Maybank Pandan Indah – 600 meter
*Tesco Ampang – 1.5km

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui emel dan nombor Hp di bawah.
*HP : 012-3192112 Che
*HP : 012-2928871 Chee
*HP : 017-3333265 KC

Email :
proton@kereta-terpakai.my

*Sila Telefon Dulu Sebelum Datang*

Waktu operasi Isnin hingga Sabtu :
Isnin hingga Sabtu : 10.30 am – 6.30 pm
Ahad: 12.30 am – 5.00 pm

Terima Kasih

oto.my

Posted July 12, 2014 by in Blog | No comments yet

Senarai Iklan Kereta Terpakai kami juga diiklan di oto.my

 

carlist.my

Posted July 12, 2014 by in Blog | No comments yet

Senarai Iklan Kereta Terpakai kami juga diiklan di carlist.my

mudah.my is an online no. 1 classified-ads website malaysia

Posted July 12, 2014 by in Blog | No comments yet

Mudah.my is an online classified-ads website that caters primarily to the Malaysian market.. It is the product of a partnership between 701Search of Singapore and Telenor ASA of Norway. It is also the most visited local website in Malaysia. Wikipedia

Senarai Iklan Kereta Terpakai kami juga diiklan di mudah.my