Welcome, visitor! [ Register | Loginrss

Posting Iklan

Mudah.my : Penipu jual beli rumah dipenjara lima tahun, empat sebatan

Posted December 9, 2015 by in Blog | No comments yet

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini setelah didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menipu dalam urusan penjualan rumah yang diiklankan menerusi laman web, www.mudah.my pada tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mazrin Abd. Aziz, 39, didakwa memperdaya seorang guru, Nur Zaiti Ikmal Dzainuddin untuk menyerahkan wang tunai RM15,000 sebagai deposit pembelian sebuah rumah di Taman Selayang Mutiara, Batu Caves, Selangor di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini pada pukul 2.30 petang, 27 Mac 2014.

Dia juga dituduh menipu pasangan suami isteri, Muhamad Nazir Ahmad Saghir,33, dan Fatimah Abdullah,34, untuk menyerahkan RM15,000 bagi urusan pembelian rumah sama di Ambank cawangan Jalan Yap Kwan Seng di sini pada pukul 4 petang, 30 Mac 2014.

Rumah terbabit bukan milik Mazrin dan pemiliknya juga tidak mengetahui tindakan tertuduh mengiklankan penjualan premis itu di laman web, www.mudah.com.

Hakim Norsharidah menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 42 Kanun Keseksaan. – KL ONLINE

539 total views, 1 so far today

  

Sponsored Links

Comments

Comments are closed.