Welcome, visitor! [ Register | Loginrss

Posting Iklan

JPJ Akan Wajibkan Syarikat Kereta Terpakai Guna Sistem E-tukar Hak Milik

Posted February 17, 2012 by in Blog | 578 comments

GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menggunapakai sistem E-Tukar Hak Milik Sementara sebagai penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik kenderaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata sistem yang diperkenalkan sejak Disember lepas merupakan inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai bagi melindungi kepentingan pengguna.

“Kami sedang memantau bagaimana sistem ini beroperasi. Sistem itu juga telah sedia dan (JPJ) berkemungkinan akan mewajibkan syarikat kereta terpakai menggunakan sistem berkenaan bagi semua urusan proses tukar milik kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan bangunan baru JPJ cawangan Batu Uban hari ini.

Beliau berkata ketika ini JPJ hanya meminta semua syarikat kereta terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelak berulangnya kes pemilik kenderaan berhadapan pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Tahun lepas, kabinet memutuskan untuk melaksanakan Sistem e-Tukar Milik Sementara selepas JPJ menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Menerusi sistem itu, transaksi pertukaran hak milik kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan dikenakan bayaran RM10 bagi membolehkan pemindahan nama kepada pemilik sementara.

Syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan itu bermula dari tarikh borang itu ditandatangani sehingga kenderaan berkenaan dijual kepada pelanggan baru.

Sementara itu, bangunan dua tingkat pejabat JPJ cawangan Batu Uban terletak di kawasan seluas 0.8 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM9.376 juta dan mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan.

Cawangan baru itu mula beroperasi pada 30 Jan lepas dengan waktu urusniaga bermula pukul 7.45 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja. Sebanyak 25 kaunter disediakan bagi kemudahan pelanggan menyelesaikan urusan masing-masing.

– BERNAMA

RTD To Compel Used Car Dealers To Adopt E-Transfer Of Ownership System

Posted February 17, 2012 by in Blog | 221 comments

GEORGE TOWN, Feb 16 (Bernama) — The Road Transport Department (RTD) will compel all used car dealers to adopt the temporary e-transfer of ownership system to solve all issues concerning the transfer of vehicle ownership.

Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said the system was introduced in December last year under the Malaysian Used Car Dealer Association’s initiative to protect the interests of the consumers.

“We are now monitoring how the system works. It’s all in place and there is a high possibility that used car dealers will be compelled to adopt the system for all car ownership transfer transactions,” he told reporters after opening Batu Uban RTD’s new building here Thursday.

At present, Kong said all used car dealers had been advised to adopt the system to absolve previous owner from any issue pertaining to the car during the transitional phase before it was sold to new owner.

The government decided to implement the temporary e-transfer of ownership system last year after the RTD was deluged with complaints from the public who had either sold or traded in their vehicles with used car dealers.

Under the system, all vehicle ownership transfer transactions must be registered with the RTD with a fee of RM10 to enable the ownership of the vehicle to be transferred to the used car dealers before the car is sold to the new owner.

Meanwhile, Kong said the new double-storey building for Batu Uban RTD was built on a 0.8-hectare site at a cost of RM9.376 million.

He said the building took 15 months to be completed and had been fully operational since Jan 30 with 25 counters to facilitate the customers.

– BERNAMA