Welcome, visitor! [ Register | Loginrss

Posting Iklan

Kempen PKR ‘turunkan harga kereta’ sempena balik kampung

Posted August 16, 2012 by in Blog | No comments yet

Hafiz Yatim
11:26AM Ogos 16 2012

PKR mengambil kesempatan daripada orang ramai yang balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri untuk menyebarkan mesej menghapuskan cukai eksais bagi menyediakan kereta yang lebih murah untuk rakyat.

Petugas parti tersebut sedang mengedarkan 50,000 pelekat di seluruh negara dan usaha ini bermula semalam, dengan mensasarkan pemandu yang meninggalkan Lembah Klang.

Parti pembangkang itu juga turut melancarkan sebuah
lamanweb Facebook untuk menyebarkan mesej tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beberapa pasukan telah digerakkan untuk mengedarkan pelekat kepada pengguna jalan raya.

“Kami akan mengedarkan pelekat di plaza tol Gombak, plaza tol Duta dan juga plaza tol Sungai Besi bagi menyampai mesej tersebut.

“Pelekat itu juga akan disediakan di ibupejabat PKR di seluruh negara selepas Hari Raya,” kata Nik Nazmi.

Sementara itu, timbalan Nik Nazmi, Sim Tze Tzin, yang juga ADUN Padang Jerajak, berkata parti itu berharap rakyat akan menerima kempen tersebut, sepertimana sokongan mereka terhadap kempen ‘Hari Tegah Siar Internet’ pada hari Selasa.

-malaysiakini

Penurunan Eksais Kereta Jejas Penjual Kereta Terpakai

Posted August 14, 2012 by in Blog | No comments yet

KUALA LUMPUR – Pengusaha kereta terpakai dan pemilik kereta sedia ada akan mengalami kerugian mendadak dari segi nilai harga kereta mereka jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan.

Presiden Persatuan Persekutuan Syarikat-syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor berkata penurunan harga kereta dan duti eksais boleh mengakibatkan kerugian kepada pemilik lebih 10 juta kereta di negara ini yang masih lagi dalam status pembiayaan dan berhutang dengan bank.

“Kebanyakan kereta masih lagi baru dibeli dalam tempoh dua hingga lima tahun. Pemilik 10 juta kereta itu pasti akan rugi kerana harga aset mereka turun.

“Contohnya, harga sebuah kereta Camry yang telah dibeli adalah RM90,000…kemudian cadangan itu diteruskan, harga turun kepada RM60,000, tetapi pembiayaan dengan bank masih lagi RM90,000.

“Pemilik pastinya telah rugi dan situasi ini kelak akan menimbulkan keadaan pinjaman tidak berbayar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mohd Rafizi membuat kenyataan itu kerana melihat kononnya harga kereta sekarang ini membebankan rakyat tetapi tidak menyatakan bagaimana kesan penurunan harga kenderaan akan mempengaruhi sektor lain yang berkaitan.

Khor berkata cadangan itu juga akan menyebabkan industri jualan kereta terpakai merosot dan terkena tempias kerugian kerana pengguna akan memilih untuk membeli kereta baru yang lagi murah dari kereta terpakai.

Katanya walaupun harga kereta di Malaysia tinggi berbanding negara lain, namun harus diakui, harga petrol di negara ini masih lagi rendah dan berpatutan di rantau ini.

“Polisi kerajaan, mudah untuk memiliki sebuah kereta dan mudah menanggung perbelanjaan petrol. Tiada gunanya kalau harga kereta itu murah tetapi petrolnya mahal.

“Negara perlukan pendapatan daripada penjualan harga kereta untuk terus maju,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pelbagai pembangunan termasuk melibatkan sektor pengangkutan.

“Macam mana hendak baiki jalan dan meningkatkan infrastruktur jalan raya? Tidak mustahil tol naik sebab kerajaan tiada duit. Buatlah kajian terperinci. Bercakap memang senang, tapi mustahil.

“Bohonglah kalau tidak bersetuju dengan cadangan itu..siapa tidak mahu kereta murah,” katanya.

Beliau berkata jualan syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton dan Perodua juga tidak mustahil akan merosot dan mengalami kerugian mendadak jika cadangan itu dilaksanakan.

Ini kerana pengguna akan memilih untuk membeli kereta import yang harganya tidak jauh beza dengan harga kereta tempatan, katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Automobil Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menyifatkan cadangan itu perlu dikaji dan diteliti kaedah pelaksanaannya yang memerlukan tempoh masa yang khusus dan bukannya dijalankan secara serta-merta.

Ini kerana kerajaan telah memberikan kemudahan dari segi pembaharuan cukai jalan dengan harga rendah selain kos penyelenggaraan kereta yang rendah dan sangat kompetitif berbanding negara lain, katanya.

“Kita tidak mahu cadangan ini akan mewujudkan fenomena ‘tidak beli kereta’ seperti yang berlaku pada 2006 di mana kerajaan umumkan penurunan semua harga kereta termasuk kereta tempatan dan kereta import.

“Pengguna pula ketika itu mengambil sikap berhati-hati dan tidak membeli kereta dan menunggu sehingga harga kereta betul-betul berada di bawah paras rendah. Akhirnya, keadaan ini menyukarkan kita dan mengambil masa bagi kita menyelaras dan pulih daripada situasi itu,” katanya.

-BERNAMA

PKR sedia 40,000 pelekat ‘Turunkan Harga Kereta’

Posted August 13, 2012 by in Blog | 660 comments

Abdul Rahim Sabri
2:21PM Ogos 13 2012

PKR meneruskan kempen menurunkan harga kereta dengan mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata sebanyak 40,000 pelekat itu telah siap dicetak dan bakal diedar pada pengguna jalan raya dalam kempen itu.

Katanya, pelekat dengan slogan “Turunkan Harga Kereta” itu akan diedarkan oleh pemimpin PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan di tiga pintu keluar utama di ibu negara – plaza tol Sungai Besi, Gombak dan Jalan Duta.

“Kita berharap apabila kita mengagih-agihkan kepada orang yang pulang ke kampung. Mungkin cuti hari raya ini, kempen turun harga kereta ini tersebar ke seluruh negara,” katanya kepada Malaysiaini hari ini.

Katanya, beliau sendiri akan melancarkan kempen tersebut bersama ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Sin pada Rabu ini di ibu pejabat PKR.

Pada majlis pelancaran itu, mereka akan meletakkan pelekat tersebut pada sebuah “kereta maskot” model Proton Tiara berusia 15 tahun sebagai satu gimik kempen, tambahnya.

“Kita juga melancarkan kereta (maskot) kempen ini. Kita juga akan gunakan untuk turun bersama-sama ke kawasan tertentu untuk mengedar risalah dan pelekat itu,” katanya.

Rafizi berkata kereta itu masih berada di dalam bengkel untuk proses mengecat dan baik pulih dan dijangka siap Rabu ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan bahawa rancangan untuk menurunkan harga kereta itu akan dijadikan sebahagian daripada manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Rancangan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara lain mendakwa ia akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.

-malaysiakini

Industry supports PKR’s automotive policy plan

Posted August 7, 2012 by in Blog | No comments yet

Aidila Razak
11:13AM Aug 5, 2012

Car dealers have given the thumbs-up for PKR’s proposed automotive policy, arguing that any depression in car prices following excise cuts will only be temporary.

Federation of Motor and Credit Kuala Lumpur and Selangor president Khoo Kah Jin (right) said the market will adjust to changes in price in “one or two years”.

“The National Automotive Policy pushed used car prices down by a lot and if the policymakers learn from that it should be fine. The market took about a year to adjust to that.

“As a whole, lower car prices are good for everyone, including dealers,” he said, echoing the Malay Vehicle Importers and Traders Association (Pekema), who despite scepticism, told the Malaysian Insider the same.

“The dealership just needs to clear out the existing stock, and when the new cars come in, it’s back to zero.”

This contravenes Minister in the Prime Minister’s Department Nor Mohamed Yakcop’s assertion that dealerships will go bankrupt if excise taxes are cut.

“When they do away with the excise duty, the price of cars will go down, that is correct… but if the reduction is sudden, those second-hand car dealers with numerous vehicles will definitely go bankrupt.

“What about the people who work at the (second-hand car dealer) shops? It will have a side-effect on the economy,” he was reported by Bernama as saying.

‘Existing owners will feel the pinch’

Khoo, however, agreed that existing owners will feel the pinch as a drop in car value would mean that they would not be able to cover their remaining car loans if they sell off their cars.

This would mean having to top up money from their own pocket to make up the difference, he said. But this amount is likely to be offset by the savings they make on their new car.

“You’ll end up paying lesser for a better car as compared to before (an excise tax cut), so when you compare this savings to the amount you forked out to pay off the loan, the value should offset,” he said.

He said that ideally, financial institutions can step in to provide additional financing to cover the shortfall in terms of a personal loan, on top of the new car loan.

Khoo said the shortfall cannot be tagged on to the new car loan, as this would contravene the Hire Purchase Act which caps the credit-to-asset ratio at 90 percent.

“Perhaps it can be done if the Hire Purchase Act is revised, and I believe a revision is timely,” he said.

‘Not everyone will upgrade’

Institute of Democracy and Economic Affairs executitve president Wan Saiful Wan Jan said that existing car owners have “valid” concerns but this is a “bitter pill they have to swallow”.

“As a car owners, I share the concern but it is something that needs to be done to fix the original mistake of the excise duties,” he said.

Wan Saiful (left) said that existing car owners can only directly benefit from such a policy if they upgrade to a new car, but many will choose to hang on to their cars.

“Not everyone has the money to upgrade, and if you’re trying to upgrade from a 10-year-old Wira, you’re not likely to find a place that will let you trade it in,” he said.

He added that this also means there will not be a surge of cars in the second hand market, and the mooted second hand export industry is likely to develop slower than expected.

However, Khoo is optimistic in the viability of such a market, adding that dealers are very keen to expand their market abroad.

“But there needs to be government grants to support this,” he said, supporting the mooted idea of incentives for reconditioning for the purpose of export.

While he agrees that the trade-in figures will not spike following a drop in car prices, Khoo said the export market can be supported through a scrapping policy.

“It doesn’t have to be mandatory scrapping, but rather mandatory inspections for cars aged 10 or 15 years. People will then find this troublesome and voluntarily scrap their car for newer models,” he said.

-malaysiakini

RAM cadang GST untuk tampung hasil duti eksais

Posted August 6, 2012 by in Blog | No comments yet

Aidila Razak
6:03PM Ogos 6 2012

Pengkaji ekonomi Rating Agency Malaysia Yeah Kim Leang yakin pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh menampung kehilangan RM8 bilion hasil duit eksais yang ingin dihapuskan PKR.

Katanya, GST pada kadar 4 peratus akan dapat memungut hasil antara RM8 bilion hingga RM9 bilion kepada kerajaan.

“Mereka perlu mengimbangi kerugian hasil daripada industri kereta,” kata Yeah ketika dihubungi hari ini.

Katanya, GST merupakan cara yang lebih efisien berbanding cukai pendapatan dan cukai jualan, yang tidak dapat menutup jurang tersebut.

Cukai jualan akan meningkat apabila harga kereta diturunkan, namun ia tidak cukup untuk mengimbangi kerugian daripada hasil duti eksais, katanya.

Penjimatan RM8 bilion itu hanya akan menguntungkan pembeli kereta melalui penjiimatan tidak langsung, dan bukannya pengguna lain, katanya.

Menurut ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, penghapusan cukai eksais kereta akan meletakkan jumlah RM8 bilion itu kembali ke dalam pasaran domestik dan seterusnya menjana aktiviti ekonomi serta meningkatkan cukai pendapatan dan cukai jualan.

Bagaimanapun, Anwar mengakui bahawa langkah itu hanya akan menghasilkan cukai antara Rm1 bilion hingga RM1.5 bilion setahun.

Ketika menjelaskan cadangan dasar itu minggu lalu, Anwar berkata kerugian hasil hanya akan dikurangkan secara berperingkat melalui sistem bidaan permit import (AP).

Anwar menjangkakan langkah itu akan menghasilkan tambahan hasil sebanyak RM3 bilion setahun sehinggalah AP dihapuskan pada 2015.

-malaysiakini

Turun harga kereta tak praktikal

Posted August 2, 2012 by in Blog | 2 comments

Ahmad Fadli KC
1:00PM Ogos 2 2012

Kerajaan tidak akan mampu menjana pendapatan secukupnya jika duti eksais kereta dihapuskan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kalau ikut Pakatan semua dia hendak turunkan. Harga kereta dia hendak turun. Harga minyak dia hendak turun. Sedangkan di negeri yang diperintahnya semuanya naik.

“Kalau semuanya hendak diturunkan dari mana hendak dapatkan sumber pendapatan negara?” soal Ismail sewaktu ditemui selepas sesi dialog bersama sekumpunan artis di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau mengulas cadangan Pakatan untuk menurunkan harga kereta dengan memansuhkan duti eksais yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Langkah itu juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menurut Ismail, janji terbaru Pakatan itu juga tidak praktikal kerana mereka didakwa gagal melaksanakan manifesto dalam pilihan raya umum yang lepas.

“Sebelum dia perintah dia akan janji apa-apa sahaja. Apa yang berlaku di negeri dia, jelas dia gagal untuk mengotakan apa yang dijanjikan,” kata Ismail.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut mengecam cadangan itu yang disifatkan akan menyebabkan keadaan ekonomi tidak stabil.

Nor Mohamed mendakwa cadangan itu akan menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman semenanjung Malaysia.

-malaysiakini

PKR: Duti eksais kereta akan dihapuskan berperingkat

Posted August 1, 2012 by in Blog | 8 comments

Aidila Razak
4:36PM Jul 31 2012

PKR hari ini menjelaskan bahawa rancangannya untuk menghapuskan duti eksais kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi megurangkan kesan ke atas pasaran kereta terpakai.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata penghapusan duti eksais itu perlu dilakukan secara demikian untuk memastikan nilai kereta terpakai juga turut berperingkat-peringkat.

Katanya, penurunan harga kereta tidak akan menyebabkan peningkatan jumlah kereta di jalan raya dan menyebakan kesesakan.

Jelasnya, harga kereta tidak naik turun dengan mudah kerana ia bukannya seperti baranga keperluan harian.

Perubahan harga tidak akan memberi impak segera ke atas jumlah kereta yang dibeli, katanya.

“Kereta adalah kenderaan, bkn barang harian. Jika rakyat ada wang lebih, mereka naiktaraf kereta lei baik, bukan beli lebih banyak kereta,” katanya yang menambah, jualan kereta menjunam pada 2006 dan 2007 walaupun harga jatuh pada 2006.

Untuk menaiktaraf, pengguna perlu menjual kereta sedia ada terlebih dahulu dan pengguna akan menunggu masa sesuai untuk menjual kereta tersebut, jelasnya.

“Bila harga terpakai akan turun, pengguna akan tunggu masa yang nilainya berbaloi untuk dijual berbanding baki pinjaman.

“Sebab (itu) pengguna tak akan jual kereta sedia ada serentak, maka pembelian kereta baru pun berperingkat, jadi bukannya tiba-tiba semua beli kereta baru.

“Sebab itu penghapusan cukai eksais perlu beperingkat supaya nilai terpakai kereta sedia ada turun beransur-ansur. Ini perlu seimbang,” katanya.

-malaysiakini